Rabu, 26 September 2012

SEGALANYA BERMULA DISINI...

“Sejarah adalah umpama bilik kuliah yang besar dan sesiapa yang tidak belajar daripada sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan yang serupa.” (Tun Dr. Mahathir bin Mohamed - Perdana Menteri Malaysia keempat).
        Sekolah ini dimulakan pembinaannya pada penghujung tahun 1998 oleh Seri Alam Properties Sdn. Bhd, iaitu sebuah syarikat yang begitu aktif dalam menjalankan aktiviti pembangunan dan pelaburan hartanah serta perdagangan am. Bangunan sekolah siap secara keseluruhannya pada tahun 2001.
Pada awal pembukaannya, sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Taman Seri Alam 1. Sekolah ini menerima kehadiran murid secara rasmi pada 1 Julai 2007. Pembukaan ini menggamit kehadiran 13 orang yang terdiri daripada 4 guru (pentadbiran), seorang kakitangan dan 8 guru biasa. Pembukaannya secara rasmi telah dilakukan oleh Pengurus Besar Seri Alam Properties pada 1 November 2001. Pelajar-pelajar yang mendaftar pada tahun tersebut adalah seramai 701 orang. Antara kelas-kelas yang dibuka ialah Tahun 1(4 kelas), Tahun 2 dan Tahun 3 (3 kelas) dan Tahun 4, 5 dan 6(2 kelas).
       Kebanyakan murid adalah penghuni sekitar Jalan Tasek. Murid-murid ini berasal daripada beberapa buah sekolah berdekatan seperti di Masai, Taman Rinting dan Megah Ria.
Pada masa itu, sekolah ini diterajui oleh Pn. Hajjah Zainon Bt Omar iaitu bekas GPK1 SK Masai. Beliau telah melakukan pelbagai projek penambahbaikan untuk keceriaan dan keselesaan sekolah. Beliau berkhidmat sehingga tahun Jun 2007 dan digantikan oleh Encik Zainal Abidin Bin Mohd Zain, bekas guru besar di SK Seri Alam 2.
       Dengan peredaran waktu, perubahan pesat berlaku di sekolah ini iaitu pertambahan bilangan murid yang juga menyaksikan kehadiran lebih ramai guru. Guru yang ada berasal dari seluruh pelusuk Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Kini, sekolah ini mempunyai 104 orang guru, 4 kakitangan, 4 orang pekerja pembersihan dan 2 orang pengawal keselamatan. Murid-murid Tahun 1 hingga 6 berjumlah 2196 orang
      Namun begitu pada tanggal 21Oktober 2011 Guru besar yang amat disenangi oleh semua warga SKBSA telah bersara. Kesedihan menyelubungi warga SKBSA dan pada awal bulan Disember 2011 penganti Guru Besar telah tiba iaitu En. Abdul Hamid Bin Idris yang ditukarkan dari Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram untuk menerajui sekolah ini .